Monday, December 5, 2016

Perkahwinan

Bila sebut nikah@kahwin boleh dikatakan semua org suka..semua org teruja.
Macam² terbayang kenikmatan dan kegembiraan lepas kawin..
Bangun pagi² ada org dok sebelah..
Ada org tolong masak makanan yang kite suka..
Nk g jalan² blh pegang² tangan…
Macam² yang terbayang di minda yang menambahkan lagi ketidak-sabaran tu.

Tapi tau x di sebalik kesukaan dan kegembiraan tu terselit di sebaliknya adalah tanggung jawab yang terlalu berat terutama buat suami.
Tanggung jawab isteri pon berat juga…
Masing² ada bahagian masing² yang semua kena paham.
Di sebabkan pernikahan@perkahwinan ini merupakan suatu tanggung jawab yang sangat berat, logik terdapat hadis² dan ayat² dalam quran yang menceritakan perihal perkahwinan dan pemilihan pasangan..

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda: “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara,karena hartanya,keturunannya,kecantikannya,dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi).

Keywords dlm hadis ini yang berkaitan dengan entry adalah bahagia. Semua orang nk bahagia. Kebiasaannya dalam memilih pasangan, ini adalah kriteria² yang kita guna dalam pemilihan.
Ada yang pilih nk canti…macam Neelopar la Makembong la Fazuhrah la..
Ada yang pilih sebab nakkan harta..nk anok Dato’ la, anak Tan Sri la..
Tapi Nabi kata kalau nak bahagia, carilah yang beragama…
Sebab apa cari yang beragama?
Sebab bila dia beragama, dia tau tanggung jawab dia..dia tau ape dia kena buat..
Kalau pilih cantik, lama² kecantikan tu akan hilang dimamah usia…
Kalau pilih harta, lama² harta boleh habis..
Kalau pilih beragama, agama xkan habis…

Sedikit pengamalam untuk dikongsi bersama dengan sahabat² yang baru atau dalam perancangan untuk berkahwin..
Bukan niat untuk membuka aib sesiapa mahupon membuka pekung di dada..
Tapi diharapkan perkongsian ini memberi sedikit gambaran yang mana merujuk kepada hadis tersebut.

Sekitar tahun 2004 aku ada kenal dengan seorg wanita yang baik..sangat baik.
Keturunannya baik, pelajarannya baik, agamanya pon baik, rupanya juga baik..
Sehingga tahun 2008, aku diuji dengan kehadiran seseorg y dari segi kecantikannya sedikit lebih..
Tp banyak kurangnya dari segi agama...
Kalau y dulu auratnya terjaga, y ini auratnya endah x endah..
Kalau y dulu solatnya penuh khusyuk, y ini solatnya ikut suka.
Tapi sebab waktu itu aku sendiri terbuai dengan keindahan dan tipu daya dunia, ak mengambil satu keputusan yang aku sendiri tidak faham kenapa. Hahahaha….
Walaupon begitu, aku menganggap ini adalah takdir dari Illahi kerana menidakkan jodoh yang baik y telah datang untuk aku tapi ak y menafikannya dan memilih yang lain..
Tau sebab ape?
Sebab rambutnya kerinting..rambut y baru ni lurus.. hahaahhaa…bodoh kan?
Tapi, aku sayang…bukan x sayang..
Bila sayang, aku cuba untuk mendidiknya supaya menjadi lebih baik dan kearah agama walaupon aku sendiri pon jalan bengkok..

Di sinilah kebenaran hadis di atas..
Bila kita memilih yang selain agama, tugas kita sebagai suami sangat mencabar.
Umpama melentur buluh, orang kata biarlah dari rebungnya..
Bila dah besar, dah tua macam ni, nk lentur tu dah susah..dah keras..dah sebati cara hidupnya.
Kenapa?
Sebab sampai suatu masa kita x lagi rasa nk berhibur…
Sampai suatu masa, kita rasa nk g masjid..
Sampai suatu masa, dah malas nk dengar metal dalam kete..rasa nk dengor ceramah UAI je..hehe..
Sampai suatu masa, kecantikan itu dah x jadi keutamaan bagi kita..

Walau apa pon yang berlaku, ini lah keputusanku..
Sekiranya ini takdirku, telah aku redha akan segalanya…
Semoga bila masaku tiba mengadapt Yang Maha Esa kelak, aku akan pergi dengan tenang..
Dan ingatlah wahai sahabat, tanggung jawab ini sangatlah berat…