Tuesday, April 12, 2016

Konsep

Asaalamualaikum semua..
Lama x menulis blog..sibuk sikit skrg ni dgn Radiation Protection Course..
Gila lama x masuk kelas..hahaha..
So, kelas hari ni lecturer cerita pasal konsep sinaran@radiation..
Bila sebut pasal konsep ni, ada y paham dan ada y x berapa paham apa itu konsep..
Jadi aku tolong google nk cari ayat y sesuai tentang maksud konsep..
Jadi, konsep adalah suatu bentuk abstrak y umum tentang sesuatu. Kerana sifatnya yang abstrak dan umum, maka konsep merupakan suatu hal yang bersifat mental bagi melambangkan sesuatu itu terjadi dalam pikiran.
Begitulah maksudnya secara umum..

Jadi, memahami konsep kehidupan dan segala macam bentuk situasi dlm kehidupan kita banyak membantu dalam menyusuri liku2 kehidupan selain bersandarkan kepada garis panduan dalam Islam.
Even agama kita juga banyak menggunakan konsep utk difahami secara umum dan konsep itu diaplikasikan mengikut kesesuaian.
Sebagai contoh..
Islam kata aurat bagi lelaki adalah dari pusat ke lutut dan bagi wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn..
Itu secara konsepnya..
Secara pelaksanaan, bergantung la pada keadaan kita..xkan nk jalan2 pakai seluar pendek saja..
Walaupon bukan aurat tp bukan bermakna begitu..nnt xpasal2 kena angkut masuk tanjung rambutan pulak..hahahaha..

Begitulah kehidupan kita y lain2..masa blajar memandu dulu, cikgu ajar masuk gear kena begini begitu..bila nk belok bagi signal dan macam2 lagi..tp bila dah dalam situasi sebenar, kena pandai sesuaikan dengan keadaan la. Contoh, masa blajar dulu bawak 50 je xleh lebih..nnt fail..
Tp kat highway kalau bawak 50, mmg kena horn jawabnya..dok pulak lane kanan..hahaha..

Contoh y lain, sedikit berkaitan dgn zaman kita sekarang..
Zaman social media..
Boleh dikatakan hampir semua org ada social media account. Fb, twitter, instagram antara y popular..
Secara x langsung, jabatan agama menambah 1 lagi column utk statistik berkaitan dgn isu2 rumah tangga..sbb apa?
Sbb ada y jumpa bf/gf lama, jumpa bf/gf baru pon ada..ada y terlalu asyik dgn social media sampai rumah tangga terabai..mcm2 kes..
Pada aku, semua mereka ni jenis X PAHAM KONSEP  media sosial itu sendiri..aku xkata baik atau buruk nya media sosial ni..sbb kita y memilih nk baik ke nk buruk..
Kenapa ada media sosial? Umumnya utk merapatkan y jauh (mcm dlm entry dunia tanpa sempadan).
Tp ada kes y jauh tu dah rapat..btol dah konsep tu..tp kenapa y dekat ni blh jadi jauh pulak? Islam ajar macam tu ke? Y aku tau melayu je ajar.. "Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..". Hahahaha..
Jadi, salahkah media sosial? Pada aku x salah. Cuma manusia itu sendiri y x pandai nak bawa diri..
Apa benda suami isteri sampai bercerai berai, y bertunang sampai putus tunang, xkurang jugak y bergaduh saudara mara, sbb media sosial..
Dan ada y kata x payah ada media sosial..yep, tiada akaun media sosial mungkin the best way tp its not the only way..and it maybe could be the worst way..

Jadi, pandai2 lah kita bawa diri..sekarang mmg zaman dia mcm ni..
Ambik media sosial ni sbg 1 bentuk kebaikan y kita blh manfaatkan utk kehidupan kita y lebih baik..
Bukan sebaliknya..kita ni manusia bukan binatang..ada akal ada pelajaran dan mungkin sedikit ilmu agama y blh kita jadikan panduan dalam mengambil setiap tindakan kita..nk berkawan lelaki ataupon perempuan tidak menjadi masalah asalkan kita tau dan jaga batas2 pergaulan kita..tau takat mana kita blh bergurau, tahap mana kita blh tunjuk "prihatin". Kalau ini pon kita xleh nk jaga, xleh nk pk, jangan nk salahkan media sosial..kita sendiri y cari pasal..

Ok..sudah. Nk solat asar pulak. Dah lewat ni..

Assalamuaalaikum....

No comments:

Post a Comment