Wednesday, March 16, 2016

Dugaan

Assalamualaikum semua..

Saje penulisan sebelum tidur..jom bincangkan pasal satu perkara yang agak sinonim dgn kehidupan kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini yakni "DUGAAN"...
Bila sebut dugaan, semua akan fikir pasal kepayahan, kesusahan dan mcm2 ungkapan yang semua org xsuka..Tapi adakah kita tau apa erti sebuah dugaan?

Aku x pandai tp aku cuba jelaskan sedikit setakat pemahaman aku y cetek ilmu ni..
Perkataan lain y boleh disama-ertikan dengan dugaan adalah ujian.
Ujian @ test @ peperiksaan @exam mungkin lebih jelas kot..

Ok..Semua org ada cita-cita dlm hidup..xkisah la nk jadi doktor ke nurse ke arkitek ke engineer ke...
Untuk mencapai cita-cita tu sudah tentu banyak peperiksaan y perlu kita tempuhi..
Kita kena pass upsr, pmr, spm, sijil, diploma sampai lah ke phD.
Apa tujuan exam tu?
Tujuan dia utk menguji sejauh mana pemahaman kita...
Nk menguji persediaan kita utk jadi apa y kita nk jadi tu..
Kalau lulus, blh jadi apa y kita nk jadi tu...kalau x lulus, repeat balik sampai la kita dpt..
Dah mmg btol2 kita nk jadi doktor, sungguh2 kita belaja supaya lulus dgn cemerlang..
Susah mcm mana pon kita sanggup study sampai x tido malam demi mencapai cita2 kita..

Sama jugak dgn dugaan dlm hidup..setiap org berbeza dugaannya..
Ada org dikurniakan kekurangan anggota...
Ada org dikirniakan sempurna tp harta kurang...
Ada org dikurniakan harta yang banyak tp hidup sebatang kara..
Ada org bnyk hartanya, punya pasangan, tp pasangannya ahli makaiat..
Ada org sempurna sifatnya, banyak hartanya, baik pasangannya tp tidak dikurniakan cahaya mata..
Ada org y bnyk harta, baik pasangannya, ramai anaknya tp anaknya sentiasa sakit..
Itu sedikit sebanyak contoh dugaan dlm kehidupan kita..

Jadi, apa itu dugaan?
Secara kasarnya, dugaan itu adalah tarbiyah terus dari Yang Maha Esa..

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Besar atau kecil dugaan itu semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.

Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah..
Kita merasakan diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. 
Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Kadang-kadang kita menyalahkan mak ayah kita, suami/isteri kita dan orang disekeliling kita yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat
kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.

Realitinya, dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah.
Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara dibumi pinjaman kepada kita.
Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya..

Tidakkah itu satu perkara y seharusnya kita gembira? Allah dengan sifatnya yang tidak mengharapkan sesuatu pada makhlukNya memberi kita peringatan atas rasa kasih dan sayang pada kita sebagai hambaNya.
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita..
Adakah kita sesuai digelar hamba Allah dalam keadaan kita lupa padaNya..
Bila Allah beri kita peringatan langsung kita abaikan..
Siapa kita??!!
Hebat sangatkah kita sehingga sanggup melawan Yang Maha Pencipta?
Dan ingatlah..dugaan itu bertujuan mendidik kita..
Sekiranya kita lari dari didikan Allah, dengan siapa kita nk minta didikan yang lebih baik dari didikan Allah?
Sama-sama kita fikirkan..
Assalamualaikum dan selamat malam..









Wednesday, March 9, 2016

A thought for 090316

Assalamualaikum...

Hari ini ada sedikit perkara yang boleh kita sama2 fikirkan.
Cuba anda lihat gambar di sebelah. Gambar menunjukkan gambar pantai. Di ambil pada 21/02/2016 sekitar 6.10pm. Tak tahu apa nama pantai ni tp sebelah ofis je. Maklum la nelayan mmg dok tepi pantai..

Ok..Kalau tgk pada gambar tu secara sepintas lalu kita dapat tgk satu pemandangan pantai y cukup indah. Langit kebiruan..Dapat dirasakan satu ketenangan. Bayangkan bunyi ombak dengan angin pantai y bertiup..Subhanallah...Indahnya ciptaan Allah..

Apa yang aku cuba untuk fokuskan pada gambar pantai ni adalah sebiji batu besar yang berada di tengah2 deruan ombak tu. Bayangkan berapa lama batu tu sudah ada disitu dan setiap masa menerima hempasan ombak y adakalanya kuat, adakalahnya perlahan tapi yang pasti setiap hari akan ada hempasan dan tolakan dari ombak. Sedikit pon batu itu tidak berganjak malah kedudukannya semakin hari semakin kukuh di situ tanpa menghiraukan apa jua keadaan sekeliling. Dia tetap teguh di situ.

Sama juga dengan kehidupan kita sehari-hari. Setiap hari yang kita lalui kita xkan terlepas dari cabaran dan dugaan. Kalau kata kita duduk rumah tidur pon ada juga dugaan. Duit xde, bosan dan macam2 lagi. Dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk, dalam macam-macam keadaan tidak kira masa dan ketika. Nak cerita dugaan mmg banyak. Masing2 blh pk sendiri.

Ambik pendekatan seperti batu di atas. Mungkin ada yang akan jawab batu tu tiada kaki untuk lari. Ye itu mungkin betul sbb kalau dia ada kaki, mungkin dia dah lama lari dari situ. Tapi cuba lihat dari sudut keadaan. Ombak yang menghempas tidak sedikit pon menggoyahkan keadaan batu tu malah jadikan batu itu semakin kuat. Begitu jugalah kehidupan kita. Dugaan yang kita hadapi bukan untuk melemahkan kita malah bertujuan untuk kuatkan kita. Allah tidak pernah bebankan hambaNya dengan perkara yang ia tidak mampu. Allah tau kita mampu utk hadapi setiap dugaan yang diberiNya. Kalau kita mengalah, bererti kita x mau menerima kekuatan y Allah nk bagi kita.

Kadang2 kita keliru samada sesuatu itu berlaku disebabkan ujian Allah untuk kita ataupon balasan atas dosa2 silam kita. Pada aku, anggap saje semua itu ujian Allah utk kita. Jika itu adalah balasan atas dosa2 silam yang kita buat dulu, itu bermaksud pada waktu kita buat dosa itu kita dalam keadaan lemah. Jadi Allah bagi ujian ini supaya kita kuat dan kesilapan yang kita pernah buat dulu tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Bersangka baik lah dengan Allah. Betul, kita merancang kehidupan kita sendiri..Apa kita nk buat hari ni, mana kita nk pergi hari ni, siapa kita nk jumpa hari ini..tapi jangan sesekali kita lupa yang Allah terlebih dahulu merancang untuk kita.Di waktu kita belum diberi keizinan untuk berdiri sendiri, Allah sudah siap2 merancang untuk kita..Hidup, Mati, Rezeki, Jodoh semua telah di tentukan. Kita hanyalah pelakon yang mana skripnya telah di siapkan. Cuma hanya bila kita kononnya merasakan kita telah dewasa, kononnya kita mampu bergerak sendiri, kononnya kita sudah mempunyai harta sendiri, kononnya kita berasa hebat tanpa bantuan sesiapa pon.. Begitu angkuh kita dengan Yang Maha Pencipta..Sehingga segala suruhanNYA langsung kita ketepikan malah laranganNYA yang kita agungkan.

Sebelum kita kata kita telah kalah, mohonlah Doa dari Allah. Kerana Allah tidak pernah menyuruh
kita mencari jalan keluar untuk setiap ujian dan dugaanNya..Allah cuma rindukan hambaNYA..Allah hanya minta kita SOLAT meminta kita merintih padaNYA dan SABARLAH..Kerana Kesabaranlah kunci KEKUATAN dengan keizinanNYA.













Wallahu A'alam..





Thursday, March 3, 2016

A Thought For The Day 030316

Assalamualaikum..

Hutang adalah satu benda yang selalu dan biasa kita dengar. Hutang wajib dibayar walaupon tidak di tuntut. Sedikit perihal tentang hutang ni.. Kalau kita ada berhutang dengan kawan kita lah sebagai contoh. Katakan kita hutang dia rm10..Esoknya kita dtg keje kita belanja dia makan McD masa lunch..Lepas tu petang kita bawak dia makan cendol bawah pokok tanjung kat bandar..Anggaran kira2 kita dah belanja dia lebih dah rm10 dari duit y kita hutang dia.

Persoalan 1 :  Adakah itu dikira hutang kita terbayar?

Kemudian 1 hari kita gaduh ngan dia. Gaduh punya gaduh sampai kita putus kawan dengan dia..Memang btol2 putus punya..

Persoalan 2 : Bila kita putus kawan/sahabat, adakah hutang kita dengan dia terhapus dengan sendiri?

Kenapa aku cerita pasal hutang? Sebab hutang senang kita nk paham. Duit kan..Semua org suka bila cerita pasal duit..Pemberi hutang paham, yang berhutang pon paham. Jadi, apa perkaitannya?
Kaitkan cerita HUTANG ni dengan DOSA…kalau x paham boleh tanya..

Assalamualaikum..
Salam Akhir.

Hasnul Hadi

Tuesday, March 1, 2016

Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum semua..

Bercerita mengenai media social pulak hari ni. Utk pengetahuan, aku telah mengambil keputusan utk deactivate account fb sekitar sebulan y lalu. Yeap, baru je.Walaupon pada awalnya sgt susah utk aku buat keputusan ini tp nekad perlu ada. Tapi aku memahami situasi sekarang y ada antara aktiviti y tertentu di letakkan dan disebarkan di fb. Jadi sebagai peminat tegar aktiviti permotoran yang melibatkan kereta, banyak seller2 y letakkan barang2 mereka di fb selain dari mudah. Disebabkan itu, aku buka 1 fb y lain khas utk follow group2 y banyak menjual barang2 seumpama ini. Ok itu sekadar intro..
Bila gtau kawan2 aku dah tutup fb, banyak persoalan y mereka tanya sbb sebelum ni aku mmg agak asyik dgn fb. Share itu, like ini, post mcm2 kat fb..Sebenarnya, mungkin disebabkan factor usia y semakin meningkat..tambahan pula bila fb keluarkan system y recall balik aktiviti kita dulu2. Bila aku baca balik apa aku dah buat, kadang terfikir..

“Bodohnya aku dulu..”
“Mengarutnya aku post ni..”
“Apa benda aku mencarut ni..”

Hahahaha…So, bila dah jadi macam tu, ak start rasa malu, rasa segan walaupon benda tu kita boleh katakan sebagai proses kematangan..Proses nk mengenal diri..Xkurang juga post2 y agak nostalgia..Post2 berkaitan dengan cinta hatiku Nur Fazlina..(Maaf awek lain xsempat nk fb..itu mungkin zaman Friendster or myspace..mungkin jugak mIRC or ICQ..hahahaha..)..Sekarang Nur Fazlina tu dah jadi bini aku. Dah xperlu nk cite kat org apa aku buat dgn dia. Biarlah rahsia kami hanya kami y tau..y penting, B sayang hunny…

DUNIA TANPA SEMPADAN atau org kampung aku panggil WORLD WITHOUT BORDER. Itu slogan, ungkapan, target y aku selalu dengar kat tv masa ak kecik2 dulu. Masa tu ak xsabar nk tunggu zaman itu dan sekarang inilah zamannya..samada anda sedar ataupon tidak..Antara produk zaman dunia tanpa sempadan ini adalah media sosial ni..Mengikut statistic y ak baca, media sosial menjadi punca keretakan rumah tangga kadang membawa sampai kepada perceraian.Runtuhnya sebuah masjid yang dibina..Bukanlah bermaksud semata2 media sosial tp kalau kita tgk balik, cari punca, dtg dari media sosial..xkira la fb, twitter, insta, or even whatsapp, WeChat dsb..Kenapa? sbb dalam DUNIA TANPA SEMPADAN ini, semua benda sudah xboleh di kawal..dah xde “kastam” yang cop “passport”. Persoalan dtg lagi..
”Dulu xde media sosial pon ramai jugak org bercerai..”
Ye, dulu kes perceraian bukan berpunca dari media sosial..Ok la untuk lebih senang faham, aku cuba bagi 1 situasi ringkas yang mungkin boleh membantu kita untuk lebih paham dan lebih jelas.

Situasi :
Suami dan Isteri bergaduh kerana si suami beli tomyam tapi tak beli sup. Sedangkan si isteri lebih sukakan sup dari tomyam.
Satu situasi yang simple..senang nk paham kan? Ok..Jadi bayangkan situasi itu berlaku dalam keadaan media sosial ini x wujud.

Dulu Sebelum ada media sosial :
Suami beli tomyam  à Isteri marah kenapa x beli sup à Suami cakap suami tak tau à Isteri merajuk xnak makan à Suami xnk isteri lapar, suami keluar g beli Sup. à Suami balik pujuk isteri à Isteri senyum, makan nasik.. à Suami Gembira. à Rumahtangga bahagia.

Ok Sekarang zaman ada media sosial :
Suami beli tomyam  à Isteri marah kenapa x beli sup à Suami cakap suami tak tau à Isteri merajuk xnak makan à Suami xnk isteri lapar, suami keluar g beli Sup. à Suami balik pujuk isteri à Isteri senyum, makan nasik.. à Suami Gembira. à Rumahtangga bahagia.

Xde beza?? Sama je ke??Bahagia je.. Ada yang tersirat di sebalik itu..

Dalam waktu suami keluar g beli sup….
Isteri update kat fb “Suami I ni apa pon xtau pasal I..xkan xtau I suka sup xsuka tomyam..huh!” à Kawan comment, “Lelaki x guna..”.”Better u cari lain je.”. Lelaki kasanova komen, “I ada sup kat rumah ni..jom la makan sekali..”. “Jom kita keluar I belanja u makan sup..” à X kurang juga y pm dan whatsapp.. “I dah lama tau dia bukan lelaki yang sesuai utk u..I dah lama tunggu u tp u kawen jugak dengan dia..”.. à Perbualan itu berlanjutan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya……..

Suami juga xkurang hebatnya..
Suami update fb “Bini I ni memilih la.Dah beli tu makan aje la..”.. à Antara komen y mungkin ada “Bini u xreti masak ke?” . “Bini u tu xtau ke u beli tu pakai duit?” à y pm dan whatsapp pulak, “I xtau pulak wife u macam tu..kalau I, mesti hari2 I masak utk suami..”..dan macam2 lagi… à Perbualan itu juga berlanjutan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya…

Sekarang nampak x perbezaannya? Hidup berumah tangga ni, gaduh2 ni benda biasa..tapi y penting bagaimana kita mengawal situasi itu. Dalam keadaan di atas, suami/isteri itu sendiri y membuka benteng pertahanan rumahtangga mereka. Walaupon ada betulnya suami bersalah xtau apa kesukaan isteri tapi wajarkah tindakan si isteri? Begitu juga tindakan si suami.

Jadi inilah y berlaku dalam dunia yang tanpa sempadan ini. Kita terlalu bebas untuk berkomunikasi. Terlalu banyak lubang2 kecurangan utk berlaku..Kalau dulu org tepon salah nombor habis sampai situ je sbb kita xtau ape nombor y call kita. Sekarang ni kalau org salah nombor, kita pulak tgk kat whatsapp sape owner..siap blh call balik pulak tu..kate nk berkenalan.
Yang tukang post kononnya bagi nasihat tu pon 1 hal jugak. Ko nk cerita ko kuat ko blh bercerai ngan laki ko la, ko nk cerita rumah tangga ko kat org macam tu macam ni..laki ko macam tu macam ni....macam2 hal..kalau dah tau rumah tangga ko hancur, jangan ajak org lain hancurkan rumah tangga diorg..ko hancur la sorg2..Kalau nk post jugak nk cerita pengalaman, sertakan sekali dengan nasihat mcm mana nk elakkan dari jadi mcm korg.. bukan bagi nasihat supaya jadi macam korg.. Maaf teremosi pulak part ni..sbb benda ni ak pernah alami. Kita manusia, ada kesilapan y kita buat. Kita xkan terlepas dari kesilapan..Even robot y dah di program tu pon boleh ada kesilapan. Kita y ada hati, ada akal, ada nafsu, lagi la..Bila dah ada kesilapan, kita nk cuba betulkan. Tapi dengan adanya org2 macam ni, proses nk betulkan tu menjadi semakin sukar sbb terdapat input2 y LANGSUNG TAK MEMBINA..
Jadi ini jugak antara sebab ak tutup fb..sbb ak sendiri xnk dipengaruhi oleh artikel2 dan post2 y seumpama ini..walaupon ada btolnya post2 macam tu tp simpan lah untuk sendiri.Kalau rasa post tu lebih membawa kerosakan, xpayah la share..Pengguna pulak, pandai2 la nilai. Jangan buta2 je terima. Jangan perasan apa y berlaku kat dia tu sebiji sama dengan kita..Kadang apa y dia alami tu berlaku sebab persekitaran dia..faktor2 keluarga dan lain2 lagi..

Jadi, sampai sini saje dulu entry kali ni…lain kali pulak..Ini tulis masa kat klinik td sambil tunggu doktor..Teringat pulak post2 macam tu y buatkan ak sakit ati..


Assalamualaikum..