Monday, July 26, 2010

Taman Bukit Permai....

Meh aku sambung lak cite perjalanan hidup aku kat KL nih lepas kitorg g makan2 kat nasik lemak 70 sen tu. Malam tu lepas je abis setel hal makan2 sume, kitorg stat jejalan kat sekitar KL..aku pon xtau nk g mane so aku tanya la diorg y biasa ngan KL nih..jalan pon xtau..Pastu diorg bawak aku g 1 tempat y aku penah dgr je tp xpenah nk terniat nk pegi even masa aku dok Bangi dulu sekitar tahun 2008~2009..So diorg bawak aku g satu tempat nama dia Bukit Permai..dekat je ngan Bangi dulu..tp sbb malas and xterfikir pon nk pegi..So aku pon bawak je kete aku y stendet mendet nih naik sampai atas tu..Ramai jugak la aku tgk org kat atas tu..y ramai je y dtg berdua la..mmg indah pemandangan waktu malam kat situ..sunyi..tenang..blh nmpk satu KL kat situ..cantik tempatnya walaupon kat atas kitorg tu ade apartment y aku tgk agak gerun la bila terfikirkan kes Highland Tower satu ketika dulu...

Tetiba dalam ati aku nih terdetik, nape la diorg nk bawak aku kat tempat macam nih..sbb pada aku, setakat nk tgk pemandangan cani bek aku dok kampung je..lagi tenang..Ye la..ape y aku terfikirkan, aku nk tgk suasana bandaraya KL tu dari jarak dekat..Night life kat KL and seumpamanya...Bila diorg bawak aku y masa tu pale otak tgh serabut, tetiba lak diorg ckp, "nih kalau ko nk bawak awek elok sgt la..."..aku tgk keliling pon mmg ramai y g sane berpasangan...aku diam je..aku xtau la diorg maksudkan sengaja nk gtau aku ke atau mmg secara spontan diorg ckp..tp mmg btol..tempat nih mmg sesuai kalau sape2 nk bawak awek lari dari hiruk pikok kotaraya tu..Jadi aku cuba adapt ketenangan tu..aku cuba appreciate ape y diorg buat sbb diorg xnk tgk aku sedih..xenjoy la kan kalau sedih2..hehee...setakat nk sedih2 cani bek dok umah je terperap..Aku pon mls nk pk sgt problem aku tu..lagipon bukan slalu sgt aku leh dtg sini..n aku stat senyum, terus join diorg gelak2...mcm2 mende y aku xsangka kuar..mende y xlawak pon leh jadi lawak...ahahaha..
thanks korg..korg tau aku ade masalah n korg xsegan silu nk buatkan ak happy..aku mmg xkan lupekan korg..selagi aku masih diberi keizinan oleh-Nya untuk menyedut Oksigen nih, korg la sahabat aku dunia akhirat..

Lepas diorg tgk aku pon da stat happy..xde nk monyok2 lagi, diorg pon ajak blah dari situ..masa tu aku pon da stat giler2 da pale..tanduk setan y td tersorok kat dlm da mula kuar menunjukkan ketajamannya..ahahaha...Tanpa berlengah, kitorg stat kete n mulu menuruni bukit y xbape nk tinggi tu...tp kejadian y mengejutkan y xpernah berlaku sebelum ini berlaku....Nek bonggok sagat lak....hahahahaha... gelak pulak kitorg lam kete..padahal sebelum nih xpenah pon nk sagat2 nih...skali malam tu sagat lak...nih la bahana nasik lemak 70 sen...sbb murah sgt sorg amik sampai 3..aku je amik 2...ahahahaahahaha...

Da la..untuk aktiviti nih, samapai sini je la aku cite..pusingan seterusnya masa aku pusing2 KL tu nnt la aku cite lam entry len lak..penat pulak menaip nih even sedap je menaip pakai laptop nih..slalu pakai PC je.. ini pakai laptop feel dia len macam lak nk menaip..da rasa macam ngah siapkan proposal nk dptkan projek berjuta je rasa...ahahahahahaha...

Ok la..next time pulak ye korg...babai~~~...mmuahh...sayang korg...

Sunday, July 25, 2010

Alam rumah tangga...


Apabila seseorang perempuan itu telah menjadi isteri kepada seorang lelaki, tidak kira dimadu atau tidak, dia mesti berusaha untuk mentaati Allah, taat kepada suami, berusaha memperoleh keredaannya seberapa boleh, kerana suami adalah syurga baginya dan dalam masa yang sama suami juga boleh menjadi neraka baginya: Rasulullah ada bersabda yang bermaksud mana-mana perempuan (isteri) mati, pada hal suaminya meredainya, dia akan masuk syurga.

Dalam hadis lain dijelaskan apabila seorang perempuan itu menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan dan mentaati suami, maka dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga menurut kehendaknya.

Mengenai ketaatan isteri yang wajib dilakukan terhadap suaminya, Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Burung-burung di udara dan ikan paus dalam air, juga malaikat di langit, matahari juga bulan memohon keampunan bagi perempuan yang taat setia kepada suaminya, selagi isteri tadi dalam keredaan suaminya.

Mana-mana perempuan yang mengingkari suaminya, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya, manakala perempuan yang kelihatan masam muka pada pandangan suaminya, maka dia, adalah dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia menggembirakan dan memohon keredaannya. Begitu juga perempuan yang keluar dari rumah tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya sehingga dia balik.

Tanggungjawab dan kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh isteri terhadap suami adalah jelas di mana ketaatan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah, begitu juga dengan apa yang mesti dilakukan oleh suami. Andainya seorang isteri itu diperintahkan agar mentaati suami dan mencari keredaannya, suami juga diperintahkan agar belas dan bertimbang rasa kepada isteri, berlemah lembut juga bersabar terhadap perilaku isteri. Dalam masa yang sama suami wajib menyempurnakan atau menunaikan hak isteri seperti memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, perbelanjaan anak-anak dan sebagainya seperti dijelaskan dalam firman Allah dalam surah an-Nisa: 19.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa baginda Rasulullah menjelaskan; Sebaik-baik kamu (suami) ialah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya. - Hadis riwayat Ibn Majah.

Menurut satu riwayat oleh at-Turmuzi, seperti yang tersebut dalam kitab al-Iman, baginda ada bersabda yang bermaksud sebaik-baik kamu, ialah orang yang lebih berlemah lembut terhadap keluarganya. Rasulullah sangat berlemah lembut terhadap isteri-isteri baginda.

Perbuatan isteri menghalang suami berjumpa madunya adalah salah, di luar ketaatan Allah dan Rasulnya. Seorang perempuan apabila telah menjadi isteri bagi seorang lelaki, tidak kira sama ada dia isteri pertama atau kedua, mempunyai hak yang sama. Dia berhak menerima nafkah diri, pakaian, tempat tinggal, giliran dan sebagainya. Ini ketentuan Allah yang wajib dilaksanakan suami.

Memberi giliran isteri adalah tanggungjawab suami. Tidak ada alasan yang boleh mengecuali atau mengabaikan, kecuali dalam keadaan tertentu, ataupun dengan keredaan isteri yang sepatutnya menerima hak tadi. Itulah di antara sifat adil, yang mesti dimiliki oleh lelaki yang kahwin madu. Ketentuan ini adalah ketentuan Allah, manakala tanggungjawab tadi terletak di pundak suami.

Apabila seorang isteri menghalang suami untuk memberi giliran kepada isteri lain, dengan cara keluar rumah meninggalkan anak-anak dan mencabut road-tax kereta, ini bererti si isteri menghalang suami melaksanakan tanggungjawabnya. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa si isteri tidak taatkan perintah yang ditetapkan Allah SWT.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, baginda Rasulullah telah diperlihatkan keadaan neraka dan mendapati kebanyakan penghuninya adalah wanita. Rasulullah menyatakan hal demikian berlaku kerana mereka sedikit ketaatannya kepada Allah, rasulnya, juga kepada suami di samping banyak berhias, yang disebut sebagai at-tabarruj di mana apabila keluar rumah, mereka berpakaian paling cantik, berhias dan memperelok diri, lalu keluar, menyebabkan timbul fitnah akibat perbuatannya. Biarpun dia sendiri mungkin selamat atau terpelihara daripada fitnah, tetapi orang lain tidak selamat.

Perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin dan kerelaan suami dengan meninggalkan anak-anak bertujuan supaya suami tidak boleh keluar rumah kerana terpaksa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama tidak boleh ke rumah madunya juga merupakan perbuatan mengingkari perintah Allah dan ketaatan terhadap suami, apatah lagi ia dilakukan dengan sengaja untuk menghalang suami melaksanakan kewajipannya.

Baginda ada menyatakan empat golongan wanita yang akan masuk syurga dan empat yang lain dalam neraka. Empat golongan yang masuk syurga ialah perempuan yang menjauhkan diri daripada perbuatan haram, taatkan Allah dan suaminya, banyak anak tetap sabar, memadai dengan hidup sederhana bersama suami dan ada rasa malu.

Ketika suaminya tiada, dia memelihara kehormatan diri dan hartanya dengan penuh kesabaran dan ketika suaminya ada dia menjaga lidahnya. Perempuan kematian suaminya pada hal dia mempunyai anak kecil, lalu dia menyediakan diri berbakti untuk anak-anak, memeliharanya, tidak berkahwin lagi takut kehilangan mereka.

Adapun empat golongan perempuan yang akan menjadi penghuni neraka ialah, pertama, mereka yang lancang atau jahat lidahnya terhadap suami. Tidak memelihara diri ketika suaminya tiada, tetapi ketika suaminya ada, dia menyakitinya dengan lidahnya.

Kedua ialah perempuan yang membebankan suaminya dengan beban yang tidak upaya dilakukan oleh suami. Ketiga ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada lelaki dan keluar rumah dalam keadaan berhias, manakala golongan keempat ialah perempuan yang tidak mengambil berat, kecuali makan, minum dan tidur, tidak minat sembahyang, juga tidak taatkan Allah, rasulnya juga tidak taatkan suami. Wanita seperti ini, andainya keluar dari rumah tanpa izin suami, mereka adalah dalam keadaan tercela, dan akan menjadi penghuni neraka kecuali ia bertaubat.

Lemah lembut

Puan mengakui bahawa suami seorang yang baik, lemah lembut dan bertimbang rasa, biarpun puan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan yang dia beristeri dan punyai tiga anak.

Berkemungkinan apa yang berlaku ke atas puan termasuk tidak mendapat giliran berpunca daripada angkara madu puan, bukan atas kerelaan yang disengajakan oleh suami. Masalah yang timbul lebih memihak, berpunca daripada madu puan. Walaupun tanggungjawab untuk melakukan giliran dengan adil adalah daripada suami. Kerana itu, masalah yang timbul tidak boleh diletakkan sepenuhnya ke atas suami, apatah lagi memandangkan tindak-tanduk madu puan yang berusaha terus menerus untuk memisahkan perkahwinan puan.

Masalah yang dihadapi puan bukan sesuatu yang nadir bagi mereka yang berpoligami. Keadaan seperti ini memerlukan banyak masa untuk mengatasinya, bergantung kepada sikap dan cara berfikir isteri yang sedia ada, namun yang memainkan peranan sebenar tetap suami, kerana dia adalah ketua rumah tangga yang sepatutnya bijaksana mengatasi atau menyelesaikan masalah. Mungkin itulah salah satu harga yang mesti dibayar oleh mereka yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.

Puan tidak salah kerana tidak reda kelakuan suami, kerana itu hak puan yang wajib dilaksanakan olehnya, namun, berdasarkan sikap madu puan, puan perlu bersabar.

Seorang telah datang untuk menemui Saidina Umar r.a kerana hendak mengadu tentang tingkah-laku isterinya, lalu dia berdiri di hadapan pintu rumah beliau, menunggunya keluar. Ketika itu dia mendengar isteri Umar sedang meleter bercakap panjang. Pada hal Umar diam sahaja, tidak melawan cakap, lalu lelaki tadi beredar. Dia terfikir, “kalaulah begini keadaan Umar, seorang lelaki yang tegas dan keras dan seorang amirul ‘l-Mukminin, bagaimana pula hal aku?”

Umar keluar dan melihat lelaki tadi sedang membelakangkan pintu rumahnya beredar pergi, lalu ia memanggilnya, bertanyakan apa hajatnya. Lelaki itu menjawab, “ya amiru ‘l-mukminin, saya datang hendak mengadu tingkah-laku isteri saya dan menunggu tuan. Saya mendengar kata-kata isteri tuan, lalu saya hendak beredar pergi. Kalaulah keadaan seperti ini berlaku kepada tuan, kenapa pula saya tidak boleh bersabar!”

Umar menjawab, “saudara! sesungguhnya saya telah membebankan ke atasnya tanggungjawab saya. Dia memasak makanan untuk saya, membuat roti, membasuh pakaian, menyusu anak untuk saya, pada hal semuanya itu bukan sesuatu yang wajib dilakukan olehnya. Kerananya hati saya tenang, selamat daripada benda haram. Sepatutnya tugas itu saya lakukan!”

Mendengarkan kata-kata itu, lelaki itu berkata “ya amirul Mukminin, isteri saya pun sama macam itu,” Sayyidina Umar berkata: “Bersabarlah. Ia tak lama!”

Hidup berumahtangga, lebih-lebih lagi bagi yang beristeri lebih dari satu selalunya menghadapi pelbagai masalah. Allah menjadikan cemburu itu sifat semula jadi manusia, lebih-lebih lagi wanita. Rasa cemburu sering menyebabkan manusia seumpama membelakangkan hukum-hukum Allah, lebih- lebih lagi mereka yang kurang memahaminya.

Nasik Lemak 70 sen...




Malam sabtu lepas masa lepak2 kat rumah membe aku kat shah alam, dia kalut2 ajak aku g makan nasik lemak 70 sen...eh?ade lagi ke nasik lemak 70 sen skrg ni?even kat kelantan pon aku rasa xde la sampai 70 sen murah...ade la lam rm1 or mungkin lam RM1.50...kire murah la tu..xtau pulak masih ade rupenya nasik lemak harga 70 sen..So tanpa berlengah (walaupon giler punya slow nk suruh mandi...ralit sgt dok ngadap facebook..hahaha...), aku g la mandi siap2 sume nk kuar..

Then kami bergerak ke destinasi y ingin di tuju..KL..ada masa aku suke g sini n ada masa aku benci g sini...aku suke kalau g sini dgn member2 y pale giler2...tp kalo aku sorg mmg x la...mls aku nk g. Bek dok umah ke, g lepak2 mane2 ke...So lam kete masa tu ade 4 org termasuk aku..Aku, mat yie, Zul ngan Moque...So pusing punya pusing KL, sampai la aku tempat di tuju...lepas je park kete, skali dgr bunyi eksiden la...motor eksiden ngan kete kat blkg kitorg je..pasal motor tu lalu wrong way...padan muka..then xsabar2 lagi kitorg terus masuk kedai tu..suasana kat situ mmg happening..byk benda y aku xpenah tgk sblm nih..antaranya kepantasan diorg bungkus nasik lemak tu..aku tgk mat yie ngan moque amik 1 dulang..n 6bungkus nasik..3bungkus nasik tiap sorg...mak aih..giler ke ape diorg nih..ahahaha...aku ngan zul amik 1 dulang and amik la 2 bungkus nasik sorg..sbb aku tgk macam sikit je...hahahaha.... Then masuk kat bahagian lauk2...kat situ pilih la nk lauk ape untuk nasik lemak tu..act lam nasi lemak tu da mmg ade lauk2 basic cam sambal bilis, telur n timun...tp kot2 la nk tmbh pape lagi.. byk jenis sambal ade kat situ..pilih je...so aku ngan zul pilih telur puyuh, sambal petai, telur goreng ngan sambal kerang...ok la tu...sume skali termasuk air RM15.60...untuk makan 2org, y lauk da penuh lam dulang bagi aku ok la ngan kat KL..ahahahah....

So sampai je kat meja, sume terus stat makan...tetiba aku lak rasa xsedap ati..tgk msg y aku dapt dari si dia...nk xnk aku terpaksa kuar dari kedai tu masuk 'opis' untuk call dia..dari kol 10.30 ak try call tp xangkat..puas aku call...sampaikan org y lalu kat situ perli2 lagi...lantak korg la...da call xjawab, aku kasik hantar msg sket..br nk call..alasan xangkat td kate dok tnds... xkesah la...ckp punya ckp, da kol 11.45 kot..lupe la..ak y rasa bersalah tinggal diorg td terus g kat diorg..tgk diorg da abis makan..skali lauk sume licin..tinggal aku nyer part je...aku pon makan la.. even jiwa berkecamuk, tapi demi diorg y bukan slalu dpt jumpa n kawan baik aku dri skolah lak tu aku paksakan bibir aku nih terukir senyuman...berlagak kuat..tp dlm hati xde sape tau..nk je aku tinggal makanan tu terus balik..tp t org ckp pulak, "Where is your manners??" hahaha...xpe.. So aku habiskan bungkusan pertama nasik aku...abis je aku da rasa kenyang... aku ingatkan sikit je tp bila makan mak aih...kenyang lak rasa..tapi nk xnk terpaksa la jugak abiskan bungkusan ke dua...da abis sume skali lauk2 mmg rasa bulat la perot aku..ahahahahha....
then setel sume makan, aku layan org basking kat situ..mmg best..macam2 lagu diorg men termasuk la lagu singkong dan keju...hahahahaha...

Then da setel makan2 kitorg stat pusing2 KL lak..tu nnt la aku citekan lam entry len...nk g makan lak nih..Duan dok ajak makan da..lapar sangat la tu.ahahahha...ok duan..kejap ye...
mau mandi dulu...

;-)

New Life~~

Dah lama rasanya aku xupdate blog ak y 1 nih..byk sgt kegiatan sampai aku pon terlupa nk update..
act byk je mende dalam pale aku nih untuk aku tulis lam blog nih tapi kadang bile da sampai rumah da penat n nmpk je tilam terus tdo..hehee...
Apa-apa pon skrg nih aku da abis belajar..da grad pon..alhamdulillah..cuma konvo je blom..nape la lame sangat nk konvo nih..aduyai..da xsabar aku nk amik scroll atas pentas tu..hehehe...So buat masa ni lepas je abis blaja aritu aku terus dapat keje..secara official nye aku skrg nih bekerja sebagai penanam anggur berjaya..sekali sekala buat part time jadi driver tok aku nk g kedai.. (ade la jugak masa aku nk bagi khidmat bakti aku kat tok aku tu sebelom sampai masa aku da xde peluang lagi untuk bagi khidmat aku kat dia...kerja selama 2jam je sehari dpt gaji RM10..hahaha...
ok la tu dari xde duit langsung..blh la nk wat kuar bergoyang...hahaha...
Tapi tu cuma part time je..memandangkan skrg nih aku da jadi penanam anggur y sangat berjaya, mak aku pon kesian tgk aku terlalu berjaya...so dia bagi la aku kerja..kerja nye mudah sgt tp memerlukan pengorbanan dari segi masa..biasanya tiap2 hari bekerja je la..hahaha...
memula skali, bukak je mata kol 6 pagi, lepas solat subuh, aku kna g hntr budak2 skolah..da balik hntr diorg nk kna hntr mak aku g keje lak..combo skali ngan hntr adik aku y bongsu g tadika.. cikgu tadika tu tgk aku cium adik aku masa kat pintu tadika tu senyum lain macam je... mungkin dia pk aku calon suami terbaik kot..seorang y penyayang..cewahh...aahahahaha....berminat ke? sila isi borang kat kaunter pertanyaan kat depan ye...nnt abg panggil interview..ahahahaha...
Da setel hantar sume, rumah pon kosong...mmg bosan dok sorg2 kat umah..hari pertama pon aku da stat bosan dok sorg2..pastu bile da bosan, aku mula la cari keje untuk di buat..mula2 skali aku tepon mak aku tanya kat mana barang2 y slalu bawak masa g kebun kat kkrai..da jumpa barang2 tu sume, aku g belakang umah tgk sebidang tanah y mak aku beli dulu da sama tinggi ngan aku..ak stat mesin rumput (walaupon hari mula2 dekat sejam aku stat mende alah tu je.. giler punya mesin rumput..)..hari pertama ak stat mesin rumput dari jalan nk masuk kebun sampai la kat pintu pagar kebun, masuk dlam sket..pastu ak stop pasal time tu matahari da stat terik...lam pukol 11 camtu..ak kemas2 barang, simpan leklok, masuk rumah n kunci sume pintu.. hahahaha...jeng..jeng..jeng...
pastu aku rasa dahaga y amat n g dapur amik air..tiba2 satu kejadian xdiingini berlaku...ak xleh nk angkat pon botol air...tgn aku ketar2 macam org kena Parkinson...hahahaha...tp aku paksa jugak minum pasal dahaga sgt...then ak tdo...bangun2 je da pukol 2pm..siap2 mandi, g amik budak2 skolah and beli lauk...lagi skali cikgu tadika tgk aku g amik adik aku y bongsu sambil tersenyum simpul...siap ckp babai lagi..hahahahhaha....(padahal ckp kat adik aku...skali aku y perasan daa...hhahaa....)..da tu setel2 sume baru la aku ade masa nk rehat...nk kuar g memana ke ape ke...

Tu la rutin harian aku...sampai la satu tahap, aku pon da bosan jugak wat keje tu..bukannya dpt gaji byk pon..hahahahahahhahaa...aku pon amik la keputusan nk cari keje..mostly awal2 aku cari keje sekitar area kelantan je tp xde pon nk panggil interview....then aku try cari kat KL...skali ada lak y panggil interview...so, dtg la aku ke KL...skrg nih masa aku ngah taip post nih pon aku kat umah member aku kat Equine Park Serdang...byk la jugak pengalaman aku selama 4hari aku kat sini nih...nnt la aku cite...da kol 4pagi nih...nk tdo la..mata da xlarat nk bukak nih...
ahahahaha...

nnt la aku tulis lagi besok ke ape ke...
kui3....