Monday, March 29, 2010

Bila Lelaki Jatuh Cinta.....

Copied from sumwhere in blog arena...
lupe sudah..sbb da save lam doc...

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

Manusia.....

mlm nih sebelum tidur, ak nk mengarang sket...
daripada y ak baca melalui blog2 rakan bloggers, ada sesuatu y menarik minat ak..
that is mehnah...
ape itu mehnah?
nk tau, teruskan membaca....

Setiap y berlaku dlm hidup kita itu ade hikmah disebaliknya. Ni slalu org ckp la.. Untuk itu, pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajara n yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Al Baqarah.

Sunday, March 28, 2010

Hujung Minggu

Fuh....
penat btol seharian berhujung minggu....
penat y amat rasa...
dari autoshow, ke dataran...
lepas dataran, g mkn tghri...(tghri ke?da pukol 5..huhu...)
pastu bawak dak² KL (zyzy, jerry n the gang) pusing² ipoh tgk kedai² eksesori...
pastu ingat da setel..rupe² nya g pusing gerbang malam dulu sbb odin ajak g kedai buat stiker...
ingat kejap je wat stiker...rupe²nya dari kol 6.30 sampai kol 8.30...
dekat² kol 9 baru sampai bengkel...
pastu g mandi umah zul(sylvester)....
kol 10.30 then gerak g dataran sri iskandar...gath KERETA GLAMOUR pulak..
huhuhu...
sampai bilik je abis sume badan mcm krem je....
huhuhuhu.....
pape pon, wa mau tidur dulu...
badan penat, otak pon penat...
mlm nih tdo dulu la...
besok je law ak upload gambar²...

Saturday, March 27, 2010

Late...

wah!!!!!
sudah lambat...
nih pasal layan mimpi punya pasal....
otosol!!!otosol!!!!
nk g siap dulu....
tata~~

Malam Masih Muda..

Sudah pukul 4am...
ak masih lagi berada di depan PC....
baru balik dari Bengkel...
Seminggu skali blh la lepak time ujung minggu...
hari biasa xdpt la john....
esok ade autoshow lagi....
xtau nk g ke x...
diorg suruh pegi...
tgk la cane sok......
kalau ak leh bangun, insyaALLAH ak membanguni dirinya pun....
huhuhu...
selamat malam sume...

Friday, March 26, 2010

Pagi yang cerah~

Selamat pagi~~~~~~
bgn² pagi terus dok kat meja siapkan P&ID...
tp elok tgh kalut² siapkan tetiba dr suhaimi call...
postpone jumpa....huhuu...
kalau la tau xde la nk sengkakng mata tdo sampai kol 4am...
huhuhu...
pape pon, pagi nih jom nyanyi lagu gajah....
ehehhee...

Gajah berkaki 4...
gelek..gelek...
Gajah berhidung panjang...
gelek..gelek..
Gajah telinga lebar...
gelek..gelek..
Gajah berbadan besar...
tapi gajah tak makan orang..
gelek..gelek...

Semalam Yang Hangat...

Pukul 1.15 AM....
aku masih di meja...
tiba² pulak bertimbun² keje dtg...
xcukup dgn P&ID, dtg lagi assignment OM nk kna submit...
aduyai...
bila la mende nih akan berakhir....
xde ke masa untuk ak rehat kejap...

Thursday, March 25, 2010

Syaitan

Bila dok ptg² nih, sorg² kat bilik, tetiba ak terfikir nasib y da menimpa diri ak...
secara jelasnya, menimpa keluarga ak..
ak xtau di mana silapnya nakhoda keluarga kami sehinggakan ada y sanggup melakukan apa sahaja untuk mengaramkan bahtera y selama ini gah,kukuh mengharungi setiap ombak da badai...
apetah lagi tsunami...
semua itu bisa kami tempuhi tanpa masalah...
tapi tatkala ak sedang mengikuti kursus pra-perkahwinan, ak dikejutkan dengan satu berita y telah menggugat bahtera keluarga kami...
itu langsung ak tidak kisah..
kerana sudah termaktub dalam Al-Quran bahawa mmg dibenarkan lelaki untuk berkahwin lebih daripada satu...
tp y membuatkan ak kisah, cara dan taktik kotor y digunakan si betina sial itu untuk merobohkan bahtera kami...
Selama 24 tahun lahirnya ak ke dunia ak langsung tidak percaya tentang institusi perbomohan..
sampai lah sekarang, ak lihat dgn mata kepala ak sendiri....

Anak Kerak.....menatang ape nih???
hasil kajian ak, surf kat internet, tanye² pak ustaz, anak kerak nih berasal dari janin bayi lelaki sulung yang mana ibu dan bapanya juga anak sulung...dan mati pada hari selasa...
mayat itu seterusnya dipuja untuk kepuasan tuannya...
suruh la ape sekalipon...akan dituruti tanpa soal...

Minyak Senyonyong.....blh wat masak x???
Minyak ini digunakan oleh orang lelaki masyarakat Melayu pada zaman dahulu untuk memikat perempuan yang disukainya.Pada zaman sekarang minyak tersebut masih digunakan juga oleh segelintir pemuda Melayu tetapi tidaklah sehebat zaman dahulu.Ada sesetengah orang menggunakannya untuk membalas dendam kepada perempuan yang bersikap sombong dan bongkak.Kesan dari pengunaan minyak ini amat dahsyat hingga menyebabkan seseorang perempuan itu menjadi seperti hilang akal kerana terlalu marhabah dan cintanya dia kepada orang yang menggunakan minyak berkenaan.

Ak sedikit pon xsangka, dalam dunia y serba moden ini, masih ada manusia² y bertopengkan setan jambul y gunakan mende² ni....
ak harap, segala penderitaan ini akan berakhir satu hari nanti...
ak xtahan melihat mama dipukul, dimarah, diherdik.....
andai ak punya duit y byk, akan kubawa mama dan adik² jauh dari sini...
dan mulakan hidup y baru...
Ya Allah.....permudahkan lah jalanku ini....hanya pada-Mu ku memohon...

Ada ak kesah?

baru ingat nk g jog ptg nih...
alik² ujan la pulak..
tp...
bile bukak je baju tgk badan sudah mulai menujukkan tanda² gumuk...
waaaaa......
xske..xske...
ingat xmo makan tp kang xmakan lapar la pulak...
hmm...
abih tu cane nk buat nih....

Good Morning~~

Pukul 5 pagi kita mesti bangun..
terus cuci gigi mandi dan solat subuh..
cium tangan ayah,cium tangan ibu..
terus amibil buku pergi sekolah..
jalan tepi-tepi jalan cepat..
sampai awal pagi cucikan kelas..
rajin baca buku, rajin mengira..
ikut cakap cikgu insyaALLAH..
BERJAYA!!!!!!

ni lagu masa tadika dulu...
tiap2 hari bila cikgu tgk kitorg ngantuk je mesti suruh bgn ramai² pastu nyanyi lagu ni...hehehe...

serabut....

Adei..serabutnya pale ak ni...
da la nk kna setelkan P&ID..
time² la byk problem len dtg...
tunggu la len kali...
bg ak setel dulu satu²...
adoyai....